Assalamualaikum wbt.



~Shopping material and Sharing knowledge~

Wednesday, September 19, 2012

Berkongsi Petua..

Nak kongsi petua dengan kengkawan semua..


Hilangkan Kesan Minyak pada Pakaian.
Gunakan kapas, celup ke dalam minyak tanah, gosok pada bahagian yang terkena kesan minyak tadi. Kesan minyak akan hilang dan cuci pakaian seperti biasa.

Tumit kaki pecah.
Ambil beberapa keping asam keping, masukkan dalam baldi yang berisi air suam, rendamkan kaki anda selamat setengah jam. Lakukan setiap hari sehingga tumit licin.

Hilangkan jerawat.
Tumbuk sebiji jagung halus, campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke wajah. Biarkan sehingga kering dan bersihkan wajah dengan air.

Kurangkan tekanan darah tunggi.
Rebus pucuk mengkudu selama 2 - 3 minit. Jadikannya ulam dan amalkan 2x seminggu.

Wajah berminyak.
Ambil daun peria dan gosokkan pada muka setiap malam sebelum tidur. lakukan dalam tempoh sebulan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selamat mencuba.
:)

sambung lagi..
Petua untuk semua..

1) camana nak pilih cendawan segar?
contoh : cendawan butang, pilih yang belum 'terbuka'. Kelopak cendawan yang masih tertutup tandanya ia benar-benar segar.

2) Cara nak kekalkan kesegaran salad.
terus simpan salad dalam peti sejuk tanpa mencuci salad tu suapaya daunnye kering dan terus segar.Cuci ketika mahu menggunakannya.  gunakan mangkuk kaca, kayu atau tembikar.

sambung lagi di lain waktu..

:)

Selamat Datang

Assalamualaikum SELAMAT DATANG TETAMU ONLINE Online Users