Assalamualaikum wbt.



~Shopping material and Sharing knowledge~

Monday, October 24, 2011

Tips 3 : Penjagaan kaki

Setiap kali mandi,jangan lupa bersihkan setiap celah-celah kaki.ini kerana bahagian ini merupakan kawasan yang paling lembap. Apabila terkena kotoran atau basah akan menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk itu gosoklah celah-celah ajri menggunakan sabun khas atau memadai dengan menggunakan sabun mandi.

Potong kuku.
Rajin-rajinlah potong kuku.jangan biarkan kotoran melekat pada jari kuku anda. Selain tidak sedap dipandangn, kotoran pada kaki menjadi penyebab timbulnya bau.

Rendam dengan teh.
teh dipercayai boleh membantu dalam menghilangkan bau yang kurang enak. Rendam kaki di dalam bekas yang siap diisi denagn air suam dan hampas teh selama lebih kurang 10 minit. Bau yang kurang enak akan lenyap.

Serbuk Kopi
Selain teh, serbuk kopi juga dikatakan berkesan dalam menyerap bau yang kurang enak.  Bungkus kopi dalam kain bersih, kemudian masukkan ke dalam kasut selama sehari semalam. Lihat hasilnya nanti.

Pola makan
Tanpa disedari pola pemakanan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Ini bagi mereka yang menggemari makanan pedas. Ini kerana, makanan sebegini , mudah menghasilkan peluh.  Pengambilan makanan yang tinggi kalori juga membuat kaki cenderung berpeluh. Justeru, pastikan anda memeilih makanan yang sesuai. Pun begitu,tidak ada salahnya anda mahu bertukar selera sesekali. Cuma jika dijadikan tabiat,maka itulah yang menyebabkan tubuh anda mudah berpeluh.

Material Kasut
Bahan material kasut juga mempengaruhi bau kaki. Sebagai contoh bahan dari jenis plastik cenderung menyebabkan kaki lebih mudah berpeluh kerana panas. Untuk itu, lebih baik pilih kasut dengan jenis bahan berasaskan kain. Selain itu,jangan sembarangan menyimpan kasut.  Selain membuatnya cepat rosak, ia juga boleh menyebabkan timbulnya bau kurang enak. Sebaiknya simapan kasut di tempat yang sesuai terutamanya kawasan yang mana aliran udara lancar.  Lebih baik anda menggunakan rak kasut dan letakkan silica gel bagi memastikan ia menyerap bau yang kurang enak daripada kasut anda.

Berjumpa doktor.
Jika sudah melakukan pelbagai cara namun masih tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya anda mengunjungi doktor. Mungkin dengan kaedah ini, dapat diketahui masalah sebenar bau kaki tersebut.

Selamat Mencuba!

Selamat Datang

Assalamualaikum SELAMAT DATANG TETAMU ONLINE Online Users