Assalamualaikum wbt.



~Shopping material and Sharing knowledge~

Friday, September 30, 2011

Resepi 2 : Briyani Gam Susu Isian Sejat Marigold

Jom cuba Resepi Nasi Briyani Gam ni pulak..
Dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 tin Susu isian sejat marigold
1.2 kg ayam, dipotong kepada 12 keping
1 kotak campuran briyani masala
2-3 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang bombay, dihiris nipis
30g halia, dicarik dengan elok
6 biji tomato masak,dipotong dadu
6 biji cili hijau, dihiris
8 biji telur yang direbus
4 biji kentang direbus dan dipotong dalam bentuk wedges
sedikit daun ketumbar,dipotong elok.

Bahan-bahan untuk nasi :
4 biji Buah pelaga
4 cawan beras basmati,dicuci
4 cawan air
1 batang kayu manis
1/2 cawan bawang merah digoreng rangup
1/2 tin susu isian sejat marigold

Cara penyediaan
1. Panaskan 5 camca besar minyak, goreng bawang dan halia sehingga wangi. Tambahkan tomato dan gorengkannya sehingga lembut.Masukkan campuran briyani masala, serbuk cili dan ayam. kemudian gorang sehingga sebati.
2. Tambahkan air sehingga meliputi ayam dan masak semlama 15 minit di bawah api yang sederhana.Masukkan 1/2 tin susu isian sejat marigold dan terus masak sehinggan ayam menjadi lembut. Tambahkan garam sehingga cukup rasa.
3. Panaskan 2 camca besar minyak sapi, gorengkan buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
Alihkannya ke dalam periuk nasi;tambahkan beras, susu isian sejat marigold dan air untuk memasak nasi.
4. Bagi menyediakan briyani gam, tempatkan satu lapisan beras ke atas satu kaserol, diikuti dengan kentang dan lapiskannya dengan kepingan-kepingan ayam dan sos,sedikit ketumbar,kemudian ulangi lapisan itu seklai lagi.Percikkan sedikit ketumbar dan bawang merah ke atasnya.

Masa penyediaan : 20 minit
Masa memasak : 30 minit
Saiz hidangan 6-8 orang

Selamat mencuba!
:)

RESEPI 1 : Kek Chiffon

Jom kongsi Resepi kek ..
Resepi ni diambil dari Mingguan Wanita.

Kek Chiffon

Bahan A
350 gm tepung kek
240 gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
8 biji telur (diambil kuning sahaja)
180 gm santan (dicampurkan dengan air daun pandan)
180 gm minyak Mazola

Bahan B
8 biji putih telur
240 gm gula kastor
1 sudu teh krim tatar

Cara membuatnya :
1. Campurkan semua Bahan A dan kacau sebati. Ketepikan
2. Selepas itu, pukul bahan B hingga adunannya kelihatan kembang
3. Campurkan kedua-dua bahan tadi (A dan B) kemudian gaul sebati.
4. Setelah itu, tuang adunan ke dalam acuan kek chiffon yang telah disapu minyak
5. Bakar dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 35 minit.

Selamat Mencuba.

Thursday, September 22, 2011

Jimat Minyak dan Melancarkan Enjin Kenderaan (SS7)

SS7 : Jimat Minyak dan melancarkan Enjin Kenderaan.
    


Alat ni serupa seperti yang berada di pasaran..harga pasaran RM199.

Saya jual pada harga yang amat berpatutan.

kenapa murah? Saya beli product ini terus dari orang yang membuatnya.

Fungsi sama seperti yang ada di pasaran.

Yang pasti, saya berani memperkenalkan produk ni kepada kengkawan sebab saya dah cuba untuk kenderaan saya dan nyata ada perubahan yang amat ketara dari segi kelancaran enjin.

Harga Pasaran : RM199

Harga saya jual :

1 unit = RM90
2 unit - 5 unit = RM80 / unit
6 unit - 10 unit = RM70 / unit
11 unit ke atas = RM60 / unit

Cadangan saya : beli 1 unit untuk kegunaan sendiri dulu. Sekiranya berpuas hati, boleh beli dan jual kepada kengkawan.

Kat mana nak cucuk SS7 ni ? Kat tempat pencucuh/lighter dalam kenderaan.

Untuk memastikan produk ini berfungsi dengan baik, produk telah diperiksa sebelum dipos/dijual.

Oleh itu, semua produk yang telah dijual, tidak boleh dikembalikan.


Nak cuba? Boleh SMS kat BiD.
ni no hp BiD :  017 -595 1069

Saturday, September 3, 2011

Perkhidmatan Sewa Backhoe di Ipoh dan Puchong

Perkhidmatan Sewa Backhoe di Ipoh dan Puchong

Waktu Bekerja : 8.00am - 5.00pm atau 8.30am - 5.30pm

Rehat : 12.00pm - 1pm atau 1 pm - 2 pm

Upah kerja mengikut jarak lokasi kerja dan jenis kerja yang perlu dilakukan.

Cara pembayaran : Deposit separuh dari Upah dan selebihnya selepas tamat waktu bekerja.

Lebih dari 1 minggu, kadar upah akan diberikan diskaun.

Sila call untuk tempahan terlebih dahulu.

*Kami menerima kerja untuk tempoh  sebulan ke atas dengan kadar yang berpatutan.
Kawasan : Ipoh dan kawasan sekitarnya (Daerah Kinta).

Sila hubungi En. Yus 012-3540026 (Call sahaja).

Terima kasih.

Selamat Datang

Assalamualaikum SELAMAT DATANG TETAMU ONLINE Online Users