Jom kongsi Resepi kek ..
Resepi ni diambil dari Mingguan Wanita.
Kek Chiffon
Bahan A
350 gm tepung kek
240 gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
8 biji telur (diambil kuning sahaja)
180 gm santan (dicampurkan dengan air daun pandan)
180 gm minyak Mazola
Bahan B
8 biji putih telur
240 gm gula kastor
1 sudu teh krim tatar
Cara membuatnya :
1. Campurkan semua Bahan A dan kacau sebati. Ketepikan
2. Selepas itu, pukul bahan B hingga adunannya kelihatan kembang
3. Campurkan kedua-dua bahan tadi (A dan B) kemudian gaul sebati.
4. Setelah itu, tuang adunan ke dalam acuan kek chiffon yang telah disapu minyak
5. Bakar dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 35 minit.
Selamat Mencuba.